Monday, 27 May 2013

Cookies & Hamper Order

Salam semua....setelah 3 tahun menjalankan perniagaan kuih raya dan hamper secara kecil-kecilan, tahun ini Alyn Hamper & Gifts ingin melebarkan perusahaan kami dengan wujudnya blog ini. Setakat ini kami masih 'maintain' dengan 4 jenis kuih raya sahaja kerana ingin menjaga kualiti dan tenaga kerja yang masih sama, berpadanan dengan kemampuan kami. Sebelum membuat pesanan sila rujuk perkara dibawah;

Pesanan & Penghantaran;
1) Tarikh order untuk kuih dan hamper bermula sekarang sehingga 10 hari sebelum hari raya.
2) Khidmat penghantaran bagi kuih raya dan hamper (dengan tambahan antara RM6 hingga RM 10 per hamper) akan dikenakan kecuali bagi kawasan2 berikut;
a) Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selayang dan kawasan sekitar
b) Bukit Antarabangsa, Taman Melati, Setiawangsa, Wangsa Maju, dan sekitar Ampang sehingga Pandan Indah
3) Bagi kawasan yang tidak dinyatakan diatas, boleh rujuk semasa membuat pesanan.
4) Pesanan boleh dibuat melalui;
a) Email : alynnd1406@gmail.com
b) SMS/whatsapp : 019-3992887 (alyn)

5) Penghantaran akan bermula seminggu sebelum hari raya atau akan dimaklumkan kelak.


                                                    Contoh hamper raya tahun lepas
Bakul besi, kain net, ribbon/lace, 3 jenis kuih raya (atau 1 kerepek), kesemua bekas kuih/kerepek di hias dengan tape warna gold/emas. Sesuai untuk korporat gifts, big client atau saudara mara. Harga serendah RM 90 hingga RM 150 sahaja.

Contoh hamper corporate (big) tahun lepas
Harga dari RM 150 ke RM 250. Segala makanan atau content hamper ada disertakan sejenis atau 2 jenis biskut raya kami (size besar). Bakul rotan atau besi digunakan untuk menampakkan kemewahan hamper ini beserta penggunaan lace dan bunga ribbon.

Our Cookies

Kami hanya membuat 4 jenis kuih raya sahaja untuk pesanan kali ini kecuali terdapat permintaan lain yang boleh dipenuhi. Harga dan jenis kuih seperti dibawah;

Biskut Makmur
-Adunan biskut dengan buttercup, berintikan kacang yg ditumbuk halus serta disaluti gula halus.

Harga/Size/Biji
-RM 25 / 50 pieces - Besar
-RM 15 / 25 pieces - Kecil



Tat Nenas
-Inti nenas dibancuh sendiri menggunakan buah nenas segar

                                    
Gambar hiasan - diambil dr internet kerana tiada gambar tat yg sempat capture tahun lepas...hihih


Biskut Semperit
- Adunan biskut dengan buttercup, rangup tetapi cair dimulut, sangat sesuai untuk kanak2


Almond London
-Coklat yang berkualiti digunakan, setiap satu biji mengandungi sebiji kacang almond (tanpa dikerat dua)